Keputihan atau lelehan lendir yang keluar dari faraj wanita ada pelbagai
sifatnya dan berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain.
Keputihan biasanya berwarna jernih atau kelabu keputihan. Lazimnya, jika
keputihan tiada berubah warna kekuningan atau kehijauan bermakna tiada
jangkitan.
...
Sama juga jika keputihan bersifat berlendir dan tidak berbeku seperti
susu basi atau berubah berbau hanyir, atau terdapat radang dan kegatalan
pada faraj menandakan jangkitan.
Keputihan atau lendir faraj berubah akibat perubahan hormon, perubahan
mental, jangkitan, ubatan, penyakit dalaman. Wanita mempunyai kitaran
haid yang dipengaruhi oleh hormon.
Keputihan akan bertambah cair ketika ovulasi dan bertambah likat ketika hampir haid.
Wanita yang dalam keadaan terangsang seksualnya juga boleh menambahkan lagi keputihan yang dialaminya.
Keadaan stres mental juga boleh mengakibatkan perubahan hormon dan mengakibatkan keputihan berlebihan.
Begitu juga dengan penyakit dalaman seperti penyakit kencing manis,
tiroid juga mengakibat ketidakseimbangan hormon dan cenderung kepada
penyakit.
Penyakit yang paling biasa menyebabkan perubahan lendiran faraj adalah
jangkitan seksual seperti Bacterial vaginosis, Candida vaginitis,
Trichomonas vaginitis, Gonorea, Chlamydia atau herpes.
Setiap satu jangkitan mempunyai sifat lendiran dan bauan tertentu.
Jika anda aktif dalam melakukan hubungan kelamin, maka anda perlu menjalankan ujian pap smear dan pemeriksaan pelvis.
Dgn mngunakan SET JAMU SUSUK DARA, masalah kputihan akan hilang dlm masa
yg singkat..ramai yg telah mncubanya n hasilnya sgt memuaskan!!
No comments:
Post a Comment